Wednesday 16 May 2012

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap bagi seseorang dan tiada suatu kebaikan pun yg sempurna bagi seseorang

Sesungguhnya anda keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di syurga. :) sedangkan di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak. Segala yg anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai. Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana, sakit, musibah dan ujian yang datang menimpa.
            Jadilah wanita yg selalu bersyukur ketika senang dan bersabar ketika ditimpa musibah. Jangan bermimpi hidup di alam khayalan, yang tdk ada sakit, tdk ada kemiskinan, tidak ada kesedihan, suami yg tanpa cela dan tanpa 'aib. Perkara seperti itu tidak akan tercapai selamanya.
            Oleh itu, pejamkanlah pandangan anda terhadap perkara-perkara yg negatif, kekeliruan dan kesalahan yg dilakukan oleh orang lain dan tujukanlah pandangan anda hanya pada sisi-sisi positif lagi baik yg ada pada mereka.Tetaplah anda berbaik sangka, berpura-pura tidak mengerti dan berpegang teguh hanya pada Allah. Jangan sampai anda berpegang pada manusia , kerana sesungguhnya mereka tidak layak utk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah S.W.T.


                                  "Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah
                                     yang bergantung kepadaNYA segala sesuatu
                                   dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yg melenakan" 


p/s: am on my way doing my assignment..but i just wanna share with all of you..tats why am stole a lil bit of my time for this.. ;) my mom called me this evening..she said my friends wedding card have arrived.. ;) cant wait! Dear Allah..thanks for make my life getting much better each and everyday,,without YOU..im nothing.. ;') and special thankz to those tat always stay by my side.. i really love all of you.. :) and to "atok".. thankz 4 being such a nice friend.. :) i didnt expect tat u will becme one of my close friend..i guest.. :P

No comments:

Post a Comment